EXPO MAKANAN HALAL DAN KARNIVAL EKONOMI ISLAM anjuran Global Ikhwan negeri Selangor bertemakan "Menjana Diri Merdeka" sempena bulan Kemerdekaan 2008 akan diadakan di Padang Astaka berhampiran Dewan Dato' Hormat, Tanjong Karang, Selangor dari 1 hingga 3 haribulan Ogos 2008. Selama 3 hari itu, program akan bermula dari jam 9 pagi hingga 10 malam.Expo tersebut akan mempamerkan pelbagai jenis barang makanan buatan umat Islam yang halal dan produk-produk menjana ekonomi umat Islam selain makanan halal. Antara barang-barang yang akan dipamer dan dijual adalah produk terbaru dari Global Ikhwan iaitu Roti Ikhwan, Mee Basah, Air Alkali, Sos, Kicap dan produk-produk penerbitan seperti Komik Abu Nawas dan pelbagai produk kebudayaan dan nasyid dari kumpulan nasyid Global Ikhwan.
Pelbagai acara akan diserikan dengan persembahan nasyid kontemporari dari kumpulan nasyid Global Ikhwan dan penasyid terkenal MEL.
Kemasukan adalah percuma sepanjang expo termasuk persembahan kebudayaan Islam dan Nasyid.
JADUAL SEPANJANG 3 HARI ADALAH:
1 OGOS 2008 (HARI JUMAAT)
8.00pagi : ketibaan tetamu
9.00 pagi : Nasyid pembukaan , Persembahan Kebudayaan & deklamasi sajak
10.00 pagi : Kata-kata aluan GISB & tetamu kehormat
11.00 pagi : Tetamu mengunjungi gerai(acara pentas)
11.30 pagi : Jamuan makan VIP
12.00 t/hari : Berhenti rehat memberi laluan solat Jumaat
5.00 petang : kuiz bersama pengunjung
9.00 malam : Forum Ekonomi Islam & persembahan muzikal Islam oleh artis : Mel, Syeqal, kumpulan Irfan, Alhaura
2 OGOS 2008 (HARI SABTU)
9.00 pagi : Persembahan Nasyid
10.00 pagi : Pendaftaran peserta
10.30 pagi : pertandingan melukis
dan mewarna
(selingan nasyid)
- pertandingan memasak bubur lambuk antara qariah masjid kawasan Tanjong Karang / Kuala Selangor
- Kaunseling keibubapaan (Muslimah)
12.30 t/hari : Penyampaian hadiah
3.00 petang : Meraikan ibu tunggal dan anak yatim
4.00 petang : Slot usahawan berjaya
5.00 petang : Pelancaran Expo oleh YBhg Dato’ Haji Noh bin Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
9.00 malam : Persembahan muzikal Islam oleh artis iaitu Mel, Syeqal, kumpulan Irfan dan Al-Haura
3 OGOS 2008 (HARI AHAD)
9.00 pagi : Nasyid dan pendaftaran
9.30 pagi : Sukaneka
- Kaum Bapa
1) Lari dalam guni
2) Tarik tali
Kopek buah kelapa
- Kaum Ibu
1) Meraut lidi kelapa
2) Membuat sandwich
- Remaja
1) Isi air dalam botol
11.30 pagi : Persembahan tarian sufi
12.00 t/hari : Penyampaian hadiah
3.00 petang : Demonstrasi silat dan bomba
5.00 ptg : Slot untuk muslimah
9.00 malam : Persembahan teater & nasyid penutup
Jika anda ingin mengikut serta dalam expo tersebut, atau membuka gerai, atau maklumat tambahan tambahan sila hubungi:
TANJONG KARANG:
En Sazaly 019-2263198
En Bohari 013-6610664
En Hamdan 019-2469389
SHAH ALAM:
En Abbdul Rahman Said 019-244 5655
En Idris Bidin 012-5625266
BANGI:
En Hasnan 019-6695367
BANTING:
En Mohsin Abdul Jalil 019-2155367
BUKIT BERUNTUNG:
En Azhir Ismail 013-2979059
GOMBAK DAN ULU KELANG:
En Sulaiman Din 016-7205313
SELAYANG:
En Abdul Karim Ismail 019-3660613

No comments:
Post a Comment